Search This Blog

Tuesday, 1 October 2013

HARGA ROKOK NAIK LAGI !!! Masa Untuk Berhenti...

Pagi tadi sewaktu saya nak membeli sarapan di gerai nasi lemak, terdengarlah dari corong radio tentang kenaikan harga rokok terkini yang berkuatkuasa 30/9/2013. Rokok naik harga lagi tapi kali ini seingat saya adalah yang paling tinggi dalam sejarah. Kenaikan sebanyak RM1.50. Dari RM10.50 sekotak sekarang dah jadi RM12.00. 

Perbezaan harga rokok dalam tempoh 4 bulan


Terkujat juga selepas mendengar tetapi Alhamdulillah, bersyukur saya di dalam hati kerana tidak ada rasa tersentap apabila memikirkan kenaikan ini tidak ada kena mengena dan tidak memberi sebarang kesan kepada saya cuma memikirkan macam mana reaksi rakan-rakan dan golongan yang merokok di luar sana.

Suatu masa dahulu saya juga adalah salah seorang perokok tegar. Boleh kata sekotak sehari jugak la. Saya mula merokok kalau tak silap waktu Form 3. Waktu tu saya masih jahil. Tengok kawan2 berasap nampak macam best je so cuba la nak try test.Macho la konon.. Nah, sekali melekat sampai sanggup panjat syiling asrama semata-mata nak hisap rokok. Tu pun sebatang kongsi sampai 4-5 orang.

Pernah berkali-kali fikir nak berenti. Macam-macam cara jugak saya buat dulu untuk berhenti. Makan chewing gum la, Nequitin la dan saya juga pernah berjanji dengan tunang saya yang saya akan berhenti selepas kahwin. Tapi selepas kawin saya masih belum dapat berhenti.Benda kalau bukan datang dari hati, buat la apa pun. Kalau tiada tekad, niat dan nekad di hati, apa pun tak akan jadi.

Titik perubahan saya adalah apabila wife saya asyik komplen setiap kali saya balik kerja, sampai di rumah saja mesti bau rokok di baju saya. Itu yang dia sangat-sangat tak boleh tahan (waktu tu saya tak merokok di rumah, hanya di pejabat). Lama-kelamaan saya fikir balik, fikir pasal hubungan saya dengan wife(tambahan dia ada asthma), fikir anak-anak(yang juga ada asthma), fikir ekonomi, fikir masa depan, fikir kesihatan jadi saya bertekad untuk berhenti.Saya mula dengan kurangkan kauntiti rokok dalam sehari, kemudian berhenti membeli dan akhir sekali saya memilih bertukar kepada vapor (e-cigarette). Berkat kesabaran, keyakinan, sokongan padu dari wife tersayang dan memikirkan masa depan, Alhamdulillah sekarang saya dah berjaya berhenti, hampir setahun dah berhenti dari hisap rokok analog yang bertembakau ni. Hidup lebih tenang dan sihat. Cuma semakin hari perut semakin maju ke depan, selera makan dah bertambah. Hehehe...

Seingat saya, pada tahun 1996/97, harga sekotak Dunhill 20 batang adalah sekitar RM3.60. Sekarang dah jadi RM12. Bermakna kenaikan adalah sebanyak RM8.40 (333%) dalam tempoh 17 tahun. Ini adalah satu jumlah yang banyak kalau kita fikir balik.

Tapi cuba tepuk dada tanya hati, adakah ekonomi kita sekarang makin meningkat untuk menampung harga barang yang makin tinggi sekarang ni. Harga minyak naik, harga rokok naik, lepas ni harga ayam, gula, tepung dan entah apa-apa lagi barang yang akan naik harga. Tetapi adakah gaji kita naik dengan banyak untuk menampung kenaikan barang-barang ni. Fikir-fikirkan...

Selain pembaziran dan melemahkan ekonomi, semua orang tahu bahawa rokok itu sangat memudaratkan disebabkan kandungan yang terdapat di dalam rokok itu sendiri di mana ia boleh memberi kesan yang negatif ke atas sistem badan.

Kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam sebatang rokok

KESAN MEROKOK

Orang yang merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri bahkan orang di sekeliling (yang dipanggil "second smoker") yang menyedut asap yang di hembus oleh perokok. Kandungan asap rokok yang di sedut akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang rongga mulut dan hidung melalui kerongkong dan terus ke paru-paru. Ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap yang melalui saluran ke paru-paru akan merosakkan saluran bronkus yang akan menyebabkan panyakit bronkitis. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit emfisia.

KESAN ASAP ROKOK TERHADAP ISTERI
  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan.
  • melahirkan bayi yang tidak cukup bulan.
  • lebih terdedah kepada kanser
  • mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
KESAN TERHADAP ANAK 
  • lebih mudah medapat lelah.
  • mendapat jangkitan paru-paru
  • pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  • mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.

Sebenarnya lebih banyak kesan negatif dan kemudaratan jika nak di kongsikan di sini. Mesej yang saya ingin sampaikan di sini adalah ingatlah orang yang anda sayang di sekeliling anda. Saya bukanlah orang yang baik atau bijak pandai dalam hal ini. Saya akui dulu saya juga seorang perokok dan telah melakukan kesalahan. Saya cuma rasa terpanggil untuk berkongsi dan mengingati orang lain yang mana saya rasa jika saya tidak berbuat demikian saya adalah berdosa besar kerana membiarkan orang di sekeliling saya ataupun bangsa saya sendiri terus menghancurkan diri sendiri dan orang di sekelilingnya. 

Hingga kini saya sudah berjaya kawal diri dan berhenti dari merokok, jadi tak mustahil bagi perokok di luar sana juga untuk berhenti. Maksud saya SEKARANG!!! Sebelum terlambat... Mahukah kita biarkan isteri dan anak-anak kita meratapi kematian kita disebabkan rokok? Atau sanggupkah kita melihat anak atau isteri kita mati disebabkan kita.. Adakah berguna menyesal kemudian nanti. Pilihan di tangan kita bukan orang lain.

Ingin saya kongsikan beberapa tips bagi yang betul-betul ingin berubah dan berhenti merokok;
  • tekad
  • tetapkan tarikh untuk berhenti
  • yakinkan diri
  • buat nota peringatan
  • sentiasa ingatkan diri anda, "Tak Nak Merokok, Aku Nak Berhenti"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • dapatkan sokongan
  • Amalkan teknik 12M
 TEKNIK 12M

1.Melengah-lengahkan
* Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang
* Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum banyak air
* Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri
* Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5. Menjauhkan diri
* Daripada orang yang merokok
6. Mengelakkan diri
* Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu
* Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
* Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11. Meditasi
12. Memohon doa
* Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha


Ambillah langkah yang betul sekarang. Jangan tunggu mati baru nak berhenti. Banyak faedah bagi perokok yang sudah berhenti.Antaranya adalah;

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM12.00 sehari, RM360.00 sebulan, RM4,380.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM43,800.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'

Saya rasa sampai di sini dulu entri untuk kali ini. Di harap ia mampu membawa perubahan dalam hidup seseorang. Wallahu 'Alam.



Sekiranya anda rasa perkongsian saya ini sangat penting dan bermakna dalam membantu hidup orang yang anda kenali mahupun orang di sekeliling anda dan jika tidak menjadi keberatan kepada anda, saya memohon jasa baik anda untuk tekan LIKE button di bawah ini sebagai tanda sokongan kepada saya untuk terus berkongsi dengan anda.
 
Nantikan entri saya yang seterusnya selepas ini.
     

1 comment:

  1. makin lama makin naik harga rokok, eloklah berhenti, tak baik, hehehe

    ReplyDelete