Search This Blog

Friday, 11 October 2013

JUMAAT : AMALAN YANG DIGALAKKAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Hari Jumaat.

Alhamdulillah sekali lagi kita di berikan kesempatan untuk bertemu dengan Penghulu bagi segala Hari.


Dalam entri yang lepas, saya telah berkongsi mengenai keistimewaan Hari Jumaat. Secara ringkasnya, saya nak memperingatkan kembali minda kita mengenai keistimewaan Hari Jumaat adalah seperti berikut;
  • HARI YANG PALING MULIA
  • HARI BAGI KAUM MUSLIMIN 
  • PENGHULU SEGALA HARI
  • HARI KEBESARAN MINGGUAN
  • HARI PERHIMPUNAN BAGI SOLAT JUMAAT
  • HARI RAMAI MALAIKAT TURUN KE BUMI
  • HARI MUSTAJAB BERDOA
  • HARI DIHAPUSKAN DOSA
  • HARI LEBIH UTAMA BERSEDEKAH
  • HARI MERAIH PAHALA
  • HARI HIDAYAH DARI ALLAH
  • MENINGGAL PADA HARI JUMAAT SEBAGAI TANDA "HUSNUL KHATIMAH" DAN TERSELAMAT DARI SEKSAAN KUBUR
  • HARI BERLAKUNYA KIAMAT
  • HARI DAPAT MELIHAT ALLAH DI SYURGA
Allahu Akbar. Betapa banyaknya keistimewaan hari Jumaat ni. Kalau keistimewaannya pun dah sebegini banyak, bayangkan berapa banyaknya ganjaran yang Allah janjikan kepada setiap umatNya yang beramal pada hari tersebut.

Jadi pada entri kali ini saya ingin kongsikan apa amalan-amalan yang patut kita lakukan supaya kita tak terlepas dari mendapat ganjaran-ganjaran yang Allah telah janjikan.
 
Amalan pada hari Jumaat boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu bermula dari malam Jumaat (Khamis malam) dan pada siangnya hari Jumaat.


AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN DAN SUNAT PADA MALAM JUMAAT

1. Membaca surah Al-Kahfi 
         
Dari Abu Said Al-Khudri katanya;

" Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempat dengan Kaabah"


2. Membaca surah Ad-Dukhaan

Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Sesiapa yang membaca 'Haa Miim, Ad-Dukhaan' pada malam Jumaat, dia akan diberi keampunan." - Tarmizi


3. Membaca surah Yasiin

Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat 'Haa Miim Ad-Dukhaan' dan 'Yasiin' jadilah dia pada harinya dalam keadaan diampuni" - Al-Baihaqi.


4. Zikir memohon ampun sebelum Suboh hari Jumaat

Dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Sesiapa yang membaca sebelum Suboh hari Jumaat sebanyak tiga (3) kali 'Astaghfirullah.....wa atu-bu-ilaih', dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan." - At-Tabarani.


5. Solat Suboh berjemaah


Kesimpulannya di sini, pahala sembahyang Suboh berjemaah adalah yang paling besar di antara sembahyang berjemaah yang lain.


AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN DAN SUNAT PADA SIANG HARI JUMAAT

1. Mandi Sunat Hari Jumaat

Dari Ibnu `Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Apabila seseorang di antara kamu sekalian datang mengerjakan solat Jumaat, maka hendaklah dia mandi." - Al-Bukhari & Muslim.
Dari Abu Sa`id Al-Khudri r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Mandi Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang telah dewasa." - Al-Bukhari & Muslim 


Perintah yang terdapat dalam hadith-hadith di atas memberi makna sunat bukannya wajib berdasarkan hadith lain seperti berikut:  

Dari Samurah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Barangsiapa yang berwudhu' pada hari Jumaat maka beruntunglah dia pada hari itu. Dan barangsiapa yang mandi maka mandi itu lebih baik baginya." - Abu Daud & At-Tirmizi

2. Memakai Pakaian Yang Terbaik

Dari Abu Sa`id Al-Khudri r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Setiap orang Muslim hendaklah mandi pada hari Jumaat, Mengenakan pakaian yang terbaik dan kalau ada, hendaklah memakai harum-haruman." - Ahmad, Al-Bukahri & Muslim

3. Memakai Haruman Untuk Ke Tempat Solat

Dari Salman r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya):

"Seseorang yang mandi pada hari Jumaat dan bersuci-sucinya terus memakai minyak atau memakai harum-haruman yang ada di rumahnya kemudian keluar (untuk melaksanakan solat Jumaat) dan tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) lantas solat sebagaimana yang ditetapkan kemudian ketika sang imam berbicara (khutbah) dia diam dan memperhatikan (dengar dengan teliti), nescaya diampunkanlah dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan Jumaat berikutnya." - Al-Bukhari.

4. Datang Awal Ke Tempat Solat Untuk Bersolat Jumaat

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian dia segera pergi (ke masjid dan di sana belum ada orang) maka seakan-akan dia berkorban seekor unta.  Barangsiapa yang datang pada saat kedua maka seakan-akan dia berkorban seekor lembu.  Barangsiapa yang datang pada saat ketiga maka seakan-akan dia berkorban seekor domba yang bertanduk.  Barangsiapa yang datang pada saat keempat maka seakan-akan dia berkorban seekor ayam jantan.  Dan barangsiapa yang datang pada saat kelima maka seakan-akan dia berkorban sebutir telur.  Apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka datanglah para malaikat untuk mendengarkan khutbah itu.” - Al-Bukhari & Muslim

  
5. Mengambil Tempat Dengan Sopan Di Tempat Solat Kemudian Mengerjakan Solat Sunat

Dari Salman r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya):

"Seseorang yang mandi pada hari Jumaat dan bersuci sesuci-sucinya terus memakai minyak atau memakai harum-haruman yang ada di rumahnya kemudian keluar (untuk melaksanakan solat Jumaat) dan tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) lantas solat sebagaimana yang telah ditetapkan kemudian ketika sang imam berbicara (khutbah) dia diam dan memperhatikan (dengar dengan teliti), nescaya diampunkanlah dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan Jumaat berikutnya.” Al-Bukhari


6. Diam Dan Mendengar Khutbah Dengan Khusyuk


Dari Salman r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Seseorang yang mandi pada hari Jumaat dan bersuci sesuci-sucinya terus memakai minyak atau memakai harum-haruman yang ada di rumahnya kemudian keluar (untuk melaksanakan solat Jumaat) dan tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) lantas solat sebagaimana yang telah ditetapkan kemudian ketika sang imam berbicara (khutbah) dia diam dan memperhatikan (dengar dengan teliti), nescaya diampunkanlah dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan Jumaat berikutnya.” - Al-Bukhari)


7.  Memperbanyakkan Zikir dan Selawat Ke Atas Junjungan Nabi



Abu Umamah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku." - Al-Baihaqi.

Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah s.a.w. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.

Jadi sesiapa yang ingin berada di sisi Rasulullah di akhirat nanti, perbanyakkanlah selawat kepadaNya terutama sekali pada hari Jumaat.

8. Memperbanyakkan Doa



Rasulullah s.a.w bersabda;
   
"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah s.w.t akan sesuatu kebaikan, melainkan Allah s.w.t memakbulkan doanya atau ia meminta Allah s.w.t melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya dari kejahatan." - At-Tarmizi.
  •    terdapat dua waktu yang terbaik dan mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat iaitu;
  1. dari masa Imam duduk di atas mimbar sehingga solat Jumaat selesai.
  2. ketika mana akhirnya waktu Asar

9. Membaca surah Al-Kahfi

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya);

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat."


10. Memperbanyakkan sedekah


Ibnu Abu Syaibah di dalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka'ab r.a, katanya:(bermaksud);

"Bersedekah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya."

Alhamdulillah, sekarang kita sudah tahu apa yang sebaik-baiknya kita lakukan pada hari Jumaat dalam mengejar ganjaran berlipat ganda yang Allah akan berikan pada hari istimewa tersebut. Jadi sama-samalah kita mengerjakan amalan-amalan di atas agar kita tidak ketinggalan dalam mendapat Saham untuk Akhirat kelak.

"Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pokok Tanpa Daunnya"

Wallahu 'Alam...

 
  

No comments:

Post a Comment