Allahu Akbar, Ar Rahman, Ar Rahim…
Hari Khamis yang lepas Allah betul-betul nak tunjuk yang Dia
sayangkan saya dan wife saya, Sha. Dia bagi satu ujian untuk tengok macam mana
kami hadapinya dalam keadaan kami yang cuba mencari jalan nak merubah hidup
dari biasa-biasa kepada luar biasa.
Pada petang Khamis tersebut, sedang saya sibuk berdikusi
dengan rakan kerja di pejabat tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan
telefon dari wife saya.
Katanya kereta tak boleh nak hidup/ tak boleh start. Dah cuba start tapi tak ada
apa yang jadi. Dia maklumkan kepada saya sewaktu dalam perjalanan nak ke office
pada pagi tu ada sesuatu yang terjadi. Battery Indication light pada panel
meter kereta menyala.
Dia juga ada
memberi tahu saya tentang perkara tersebut tapi apa yang saya boleh katakan,
“Jalan ja dulu kalau enjin masih hidup”, sebab waktu tu saya agak sibuk di
pejabat. Manalah tahu itu adalah satu petunjuk dari Allah yang dia akan bagi
kami satu ujian. Lagipun bateri kereta masih baru ditukar.
Disebabkan ini satu kecemasan, saya pun ambil keputusan
untuk balik awal. Tapi sebelum tu saya solat Asar dahulu memandangkan waktu dah
masuk. Lepas solat, saya mohon kepada Allah,
Ya Allah,
Jika ini ketentuan
dariMu, Aku terima
Jika ini ujian
dariMu, Aku redha
Aku percaya
disebalik ujian ini ada hikmahnya
Aku percaya setiap
keburukan yang Engkau berikan itu pasti ada balasan yang baik akan Engkau janjikan
Dan aku percaya
semua ini Engkau lakukan kerana Engkau sayangkan aku.
Amin yaRabbal
Alamin…
Selesai solat saya pun bergegas balik selepas maklumkan
kepada kawan sekerja.
Disebabkan jarak dari office ke rumah saya tidaklah
berapa jauh dan saya hanya bermotosikal, saya cuma mengambil masa lebih kurang
15 ke 20 minit untuk sampai. Sepanjang perjalanan saya tak berhenti berdoa dan
berzikir supaya Allah melindungi dan menyelamatkan saya sepanjang perjalanan.
Maklumlah dalam keadaan yang agak kelam-kabut dan berkejar-kejar, macam-macam
perkara boleh terjadi.
Saya ambil keputusan untuk pulang ke rumah dulu untuk
saya dapatkan apa keperluan yang patut. Dari apa yang Sha maklumkan mengenai
masalah kereta, saya kira ia berkaitan dengan bateri. Jadi sampai di rumah saya
terus dapatkan “jumper” dan “voltmeter”(alat untuk mengukur voltan bateri).
Sebelum bergegas ke office Sha, saya hubungi dia untuk
mengetahui tentang keadaan terkini. Menurutnya, dia berjaya mendapatkan bantuan
dari seorang hamba Allah telah membantu untuk hidupkan kereta menggunakan
bateri keretanya dan menggunakan jumper. Tetapi malangnya sejurus jumper di
alihkan, engine kereta terus mati.
Alhamdulillah, ini satu petunjuk yang Allah nak berikan
kepada saya. Dari apa yang dimaklumkan saya tahu sekarang bukan masalah bateri
tetapi saya pasti ianya berpunca dari “alternator” dan telah memberi kesan kepada bateri. Jadi saya tahu apa yang
saya patut buat.
Saya terus hidupkan motosikal dan terus ke bengkel yang
selalu saya kunjungi bilamana kereta bermasalah. Saya maklumkan kepada mekanik
di situ dan mohon seorang daripada mereka untuk ikut saya bagi melihat keadaan
kereta di office Sha. Disebabkan saya adalah regular customer di situ dan
mereka mengenali saya, maka urusan menjadi mudah. Seorang mekanik menyediakan
apa yang patut di bawa lalu kami bergerak ke office Sha.
Bangunan tempat Sha bekerja
Sha dalam keadaan termenung waktu saya
sampai.
Mekanik sedang membuat pemerikaaan.
Sah… Memang “alternator”
bermasaalah. Saya bersyukur kerana ianya bukan masalah lain yang lebih berat.
Perkara menjadi lebih mudah apabila mekanik tersebut sudah membawa bateri gantian
untuk digunakan sementara bagi membawa kereta ke bengkel.
Selepas bateri gantian sementara di pasang, Alhamdulillah
kereta berjaya di hidupkan dengan mudah dan kami bergegas pulang ke bengkel.
Bengkel yang selalu saya kunjungi setiap
kali ada masalah kereta. Jaraknya tak jauh dari rumah, lebih kurang 600-700
meter. Jalan kaki pun boleh.Kedua-dua kereta saya hanya di hantar ke sini jika
untuk service atau apabila bermasaalah. Dari segi harga saya tak berapa pasti
sama ada lebih murah dari kedai lain kerana saya tak pernah membuat
perbandingan. Apa yang saya suka di sini adalah layanan mereka. Di sebabkan
mereka mengenali saya, jadi saya lebih percaya kepada mereka dalam
mengendalikan kereta-kereta saya.
Kereta sudah selamat sampai ke bengkel, perkara
seterusnya adalah untuk mendapatkan “alternator” bagi menggantikan yang sudah
rosak. Di sebabkan saya adalah regular customer di situ, jadi saya di berikan
ke utamaan. Panggilan dibuat untuk mendapatkan alat ganti dari pembekal dan
Alhamdulillah, dengan mudah barang gentian dapat di cari walaupun waktu sudah
semakin lewat dan kebanyakan kedai hamper di tutup. Sekali lagi Allah
mempermudahkan kami dalam ujianNya.
Menunggu ketibaan alat ganti.
Sementara menunggu alat ganti sampai,
mekanik sedang mengeluarkan “alternator” yang bermasaalah. Mekanik ni namanya
Gemuk. Dalam bahasa Cina, Fei Mau kot.
Inilah rupa “alternator” yang menjadi punca
masalah tu.
Alhamdulillah, selepas seketika “alternator”
ganti pun sampai. Ia didapatkan dari kedai potong, bukan re-cond kerana menurut
mekanik, barang dari kedai potong adalah original dan lebih baik dari re-cond.
Proses pemasangan semula “alternator”. Hari
pun dah makin gelap.
Selesai semua pemasangan dan pemerikasaan, Alhamdilillah
semuanya kembali seperti biasa. Kereta mudah di hidupkan . Saya terus membuat
bayaran dan kami bergegas pulang ke rumah kerana azan Maghrib sudah kedengaran.
Apa yang saya kongsikan dalam entri kali ini bukanlah nak
menunjuk-nunjuk ataupun saja-saja nak tulis sebab tak ada point. Apa yang saya
cuba sampaikan adalah mengenai Ujian dari Allah dan bagaimana kita menghadapinya. Dalam kes ini, walaupun Allah turunkan satu ujian untuk melihat bagaimana hambaNya menghadapi ujian tersebut, dalam masa yang sama Dia turut mempermudahkan segala urusan.
Sebenarnya, nikmat yang Allah berikan kepada kita lebih
banyak jika nak dibandingkan dengan ujian yang pernah kita terima. Takkanlah baru
diuji sikit, kita dah nak mengeluh. Takkanlah Allah baru nak uji sikit, kita
tak boleh nak sabar. Takkan sikit pun kita tak boleh nak sabar
Nabi pun diuji. Kita, apatah lagi. Dalam surah Al-Ankabut
ayat 2, Allah S.W.T. telah berfirman,
“Apakah manusia
itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja dengan mengatakan : 'Kami telah
beriman.' Sedangkan mereka tidak diuji?"
Memang lumrah hidup di dunia bahawa manusia akan diuji.
Dengan adanya ujian daripada Ilahi, kita akan lebih matang dalam menjalani
hidup ini. Setiap perkara yang terjadi itu ada sebabnya. Apa-apapun, saya nak
mengingatkan diri saya dan juga kepada para pembaca;
- Yakinlah bahawa ujian itu merupakan eksperi cinta dari Allah kepada hambaNya.
- Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik.
- Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.
- Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
- Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.
- Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya.
- Menghadapi ujian dengan sabar, usaha dan doa.
Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan
menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.
Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada
dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih
pertolongan Allah SWT.
Wallahu ‘Alam. Semoga kita tergolong dalam golongan yang
bersyukur, bukannya kufur.
No comments:
Post a Comment