Search This Blog

Monday 7 October 2013

Autoshow New Straits Time di MATRADE

Pada 4 hingga 6 October baru-baru ini, New Straits Time telah menganjurkan satu pameran kereta dan motor secara besar-besaran. Pameran tersebut telah berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade, Kuala Lumpur.

Pintu masuk ke Matrade di mana acara berlangsung

Saya telah berkesempatan untuk mengunjungi pameran ini dan terima kasih saya ucapkan pada seorang sahabat saya yang telah memberi tiket percuma untuk acara ini. Kalau tak silap saya, harga tiket lebih kurang RM30 seorang. Acara berlangsung selama 3 bermula Jumaat. Saya memilih untuk pergi pada hari Sabtu memandangkan hari Jumaat saya masih bekerja manakala hari Ahad pula saya ada urusan yang perlu di uruskan.


Tiket Percuma untuk NST Autohow

Antara acara yang di adakan di sana adalah pertandingan motosikal dan kereta retro dan klasik. Dari apa yang saya lihat, sambutan untuk penyertaan yang di adakan amatlah menggalakkan. Terdapat pelbagai jenis motosikal klasik dan retro yang menyertai acara ini. Bagi acara ini, ia di adakan secara "out door" dan tidak memerlukan tiket.

Di bahagian "indoor" pula yang mana tiket di perlukan untuk masuk, apa yang di pamerkan adalah pelbagai jenis kereta baru dan mewah yang ada di antaranya di nominasikan sebagai "Best Car of the Year". Di samping kereta juga terdapat pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi yang di pamerkan.

Untuk entri kali ini, saya rasa tak perlulah saya menulis panjang. Saya nak berkongsi gambar-gambar yang sempat saya rakamkan untuk anda pembaca merasai seperti anda berada di pameran tersebut. Jadi nikmatilah perjalanan saya pada hari tersebut.








Dah habis di luar, jom kita masuk ke dalam pulak.








Masih ada banyak lagi gambar kalau nak di kongsikan di sini tapi saya rasa cukuplah sekadar apa yang saya kongsi. Ini pun saya rasa anda semua dah dapat rasai macam mana suasana yang saya alami.

Dari segi zahirnya, kita dapat melihat pelbagai jenis kereta dan motosikal baik yang lama ataupun baru tapi apakah yang anda dapat lihat di sebalik suasana ini.

Ini adalah pandangan peribadi saya, mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tak bersetuju dengan saya.

Mungkin ada yang akan berkata, " Apalah, benda macam ni pun nak blog. Dah tak ada point ke. Nak menunjuk-nunjuk la tu".

Bukan itu niat saya yang sebenarnya. Dari apa yang saya lihat dan alami, saya berfikir sendirian tetapi saya tak mahu simpan perkara ini untuk saya seorang. Saya rasa saya perlu untuk berkongsi apa yang saya fikir ini dan secara tidak langsung menimbulkan kesedaran dalam diri kita.

Dalam gambar-gambar yang saya kongsikan di atas, adakah kita sedar bahawa peredaran zaman terlampau pesat. Pihak-pihak tertentu mengambilnya sebagai peluang dalam membina kekayaan.

Cuba lihat, pelbagai jenis kereta dan motorsikal mewah di hasilkan dan di pamerkan di sini. Cuba tanya diri kita kenapa...

Bagi saya ini adalah kerana taraf hidup masyarakat sudah meningkat. Sekiranya banyak kereta dan motorsikal mewah dihasilkan, itu bermaksud bahawa orang mampu memikinya. Tapi... adakah kita termasuk dalam golongan orang yang mampu memiliki kenderaan mewah ini. Di mana kedudukan kita sekarang.

Mungkin ada yang akan berkata, " Diorang boleh la, kaya. Banyak duit, nak beli apa pun boleh..."

Itulah mentaliti orang kita. Pada saya itu bukan persoalannya. Cuba fikirkan, adakah semua orang di lahirkan terus kaya? Ya, mungkin ada tapi hanya segolongan orang saja yang bertuah macam tu. Saya percaya, ramai orang yang sudah kaya dan berjaya sekarang bersusah payah menempuh pelbagai cabaran dan halangan untuk mengecapi kejayaan yang mereka ada sekarang.

Jadi, di mana pula kita sekarang? Apa kedudukan kita? Tidakkah kita mahu hidup senang dan berjaya? Jawapan setiap orang pastilah "YA" bukan tapi apakah yang kita lakukan? Tunggu benda datang bergolek, tak mungkin. Ini realiti, bukan fantasi. Jika bukan kita yang merubah hidup kita siapa lagi yang akan mengubahnya.

"Bukan senang nak senang tapi bukan susah nak susah."

Itulah prinsip yang saya selalu pegang dalam hidup. Terdapat banyak Tips untuk berjaya kalau nak di kongsikan tetapi izinkan saya untuk berkongsi satu tips yang paling utama, permulaan bagi segala tips yang ada.

Ubah cara kita berfikir, Ubah cara kita bertindak, Ubah diri sendiri. 

Inilah musuh yang paling utama dalam mengejar kejayaan, iaitu diri kita sendiri. Jika kita tak dapat ubah perkara yang paling penting ini, adalah mustahil untuk kita applikasi tips-tips yang seterusnya.

Saya sendiri bukanlah di kalangan orang yang sudah berjaya tapi saya mulakan untuk mengatasi musuh saya yang paling utama dahulu iaitu diri saya sendiri dan saya cuba menggunakan penulisan saya bagi satu cara untuk membantu iaitu dengan mengingati antara satu sama lain. Saya mulakan dengan perkongsian. Saya tidak punyai dana yang cukup untuk memberi bantuan dalam bentuk kewangan tetapi bantuan tidak semestinya hadir dalam bentuk wang.

Apa yang di ajar oleh mentor saya, "Apa yang kita beri, kita akan dapat balik dengan lebih banyak". Jika kita berusaha untuk merubah hidup orang di sekeliling kita ke arah kebaikan, Allah akan membayar berlipat ganda kepada kita dan mempermudahkan segala urusan kita. Inilah apa yang termampu untuk saya lakukan sekarang. Kerana apa saya melakukan semua ini, kerana saya fikir saya akan berDOSA BESAR sekiranya saya tidak berkongsi apa yang saya tahu dan tidak ingat-mengingati antara satu sama lain ke arah kebaikan.

Anda juga mampu untuk merubah hidup orang di sekeliling anda hanya dengan berkongsi apa yang anda tahu, saling pesan berpesan dan ingat mengingati. Jadi jika anda tidak keberatan, saya mohon anda untuk "LIKE" dan "SHARE" perkongsian saya ini.
Saya faham, mungkin ramai di kalangan anda yang tidak mahu memilih untuk "LIKE" dan "SHARE". Tetapi adakah anda sedar apakah kesannya sekiranya anda "LIKE" atau "SHARE". Mungkin, selepas anda berbuat demikian, ada teman-teman anda yang akan terbaca perkongsian saya ini ataupun entri-entri saya yang lain. Dan dengan izin Allah, mereka telah mendapat sesuatu yang dapat merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik, ganjaran yang Allah janjikan pastinya amat besar. Saham anda di Akhirat pastinya sudah di janjikan.


Wallahu 'Alam....






No comments:

Post a Comment