Search This Blog

Sunday 6 October 2013

UJIAN DARI ALLAH

Allahu Akbar, Ar Rahman, Ar Rahim…


Hari Khamis yang lepas Allah betul-betul nak tunjuk yang Dia sayangkan saya dan wife saya, Sha. Dia bagi satu ujian untuk tengok macam mana kami hadapinya dalam keadaan kami yang cuba mencari jalan nak merubah hidup dari biasa-biasa kepada luar biasa.

Pada petang Khamis tersebut, sedang saya sibuk berdikusi dengan rakan kerja di pejabat tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari wife saya.


Katanya kereta tak boleh nak hidup/ tak boleh start. Dah cuba start tapi tak ada apa yang jadi. Dia maklumkan kepada saya sewaktu dalam perjalanan nak ke office pada pagi tu ada sesuatu yang terjadi. Battery Indication light pada panel meter  kereta menyala. 

Dia juga ada memberi tahu saya tentang perkara tersebut tapi apa yang saya boleh katakan, “Jalan ja dulu kalau enjin masih hidup”, sebab waktu tu saya agak sibuk di pejabat. Manalah tahu itu adalah satu petunjuk dari Allah yang dia akan bagi kami satu ujian. Lagipun bateri kereta masih baru ditukar.


Disebabkan ini satu kecemasan, saya pun ambil keputusan untuk balik awal. Tapi sebelum tu saya solat Asar dahulu memandangkan waktu dah masuk. Lepas solat, saya mohon kepada Allah,


Ya Allah,

Jika ini ketentuan dariMu, Aku terima

Jika ini ujian dariMu, Aku redha

Aku percaya disebalik ujian ini ada hikmahnya

Aku percaya setiap keburukan yang Engkau berikan itu pasti ada balasan yang baik akan Engkau janjikan

Dan aku percaya semua ini Engkau lakukan kerana Engkau sayangkan aku.

Amin yaRabbal Alamin…


Selesai solat saya pun bergegas balik selepas maklumkan kepada kawan sekerja.


Disebabkan jarak dari office ke rumah saya tidaklah berapa jauh dan saya hanya bermotosikal, saya cuma mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit untuk sampai. Sepanjang perjalanan saya tak berhenti berdoa dan berzikir supaya Allah melindungi dan menyelamatkan saya sepanjang perjalanan. Maklumlah dalam keadaan yang agak kelam-kabut dan berkejar-kejar, macam-macam perkara boleh terjadi.


Saya ambil keputusan untuk pulang ke rumah dulu untuk saya dapatkan apa keperluan yang patut. Dari apa yang Sha maklumkan mengenai masalah kereta, saya kira ia berkaitan dengan bateri. Jadi sampai di rumah saya terus dapatkan “jumper” dan “voltmeter”(alat untuk mengukur voltan bateri).


Sebelum bergegas ke office Sha, saya hubungi dia untuk mengetahui tentang keadaan terkini. Menurutnya, dia berjaya mendapatkan bantuan dari seorang hamba Allah telah membantu untuk hidupkan kereta menggunakan bateri keretanya dan menggunakan jumper. Tetapi malangnya sejurus jumper di alihkan, engine kereta terus mati.


Alhamdulillah, ini satu petunjuk yang Allah nak berikan kepada saya. Dari apa yang dimaklumkan saya tahu sekarang bukan masalah bateri tetapi saya pasti ianya berpunca dari “alternator” dan telah memberi kesan kepada bateri. Jadi saya tahu apa yang saya patut buat.


Saya terus hidupkan motosikal dan terus ke bengkel yang selalu saya kunjungi bilamana kereta bermasalah. Saya maklumkan kepada mekanik di situ dan mohon seorang daripada mereka untuk ikut saya bagi melihat keadaan kereta di office Sha. Disebabkan saya adalah regular customer di situ dan mereka mengenali saya, maka urusan menjadi mudah. Seorang mekanik menyediakan apa yang patut di bawa lalu kami bergerak ke office Sha.




Bangunan tempat Sha bekerja

Jarak dari bengkel tadi ke office Sha hanya mengambil masa 10 minit. Setibanya di sana, perkara pertama yang saya lakukan adalah keluarkan “voltmeter” dan periksa voltan bateri. Keputusannya, bateri sudah lemah kerana tak ada “charging” dari “alternator”. Tapi itu masih lagi dalam pandangan saya kerana mekanik tadi masih belum memeriksa akan masalah kereta saya tersebut.


Sha dalam keadaan termenung waktu saya sampai.



Mekanik sedang membuat pemerikaaan.

Sah… Memang  “alternator” bermasaalah. Saya bersyukur kerana ianya bukan masalah lain yang lebih berat. Perkara menjadi lebih mudah apabila mekanik tersebut sudah membawa bateri gantian untuk digunakan sementara bagi membawa kereta ke bengkel.

Selepas bateri gantian sementara di pasang, Alhamdulillah kereta berjaya di hidupkan dengan mudah dan kami bergegas pulang ke bengkel.



Bengkel yang selalu saya kunjungi setiap kali ada masalah kereta. Jaraknya tak jauh dari rumah, lebih kurang 600-700 meter. Jalan kaki pun boleh.Kedua-dua kereta saya hanya di hantar ke sini jika untuk service atau apabila bermasaalah. Dari segi harga saya tak berapa pasti sama ada lebih murah dari kedai lain kerana saya tak pernah membuat perbandingan. Apa yang saya suka di sini adalah layanan mereka. Di sebabkan mereka mengenali saya, jadi saya lebih percaya kepada mereka dalam mengendalikan kereta-kereta saya.



Kereta sudah selamat sampai ke bengkel, perkara seterusnya adalah untuk mendapatkan “alternator” bagi menggantikan yang sudah rosak. Di sebabkan saya adalah regular customer di situ, jadi saya di berikan ke utamaan. Panggilan dibuat untuk mendapatkan alat ganti dari pembekal dan Alhamdulillah, dengan mudah barang gentian dapat di cari walaupun waktu sudah semakin lewat dan kebanyakan kedai hamper di tutup. Sekali lagi Allah mempermudahkan kami dalam ujianNya.


Menunggu ketibaan alat ganti.



Sementara menunggu alat ganti sampai, mekanik sedang mengeluarkan “alternator” yang bermasaalah. Mekanik ni namanya Gemuk. Dalam bahasa Cina, Fei Mau kot.



Inilah rupa “alternator” yang menjadi punca masalah tu.



Alhamdulillah, selepas seketika “alternator” ganti pun sampai. Ia didapatkan dari kedai potong, bukan re-cond kerana menurut mekanik, barang dari kedai potong adalah original dan lebih baik dari re-cond.


Proses pemasangan semula “alternator”. Hari pun dah makin gelap.


Selesai semua pemasangan dan pemerikasaan, Alhamdilillah semuanya kembali seperti biasa. Kereta mudah di hidupkan . Saya terus membuat bayaran dan kami bergegas pulang ke rumah kerana azan Maghrib sudah kedengaran.


Apa yang saya kongsikan dalam entri kali ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk ataupun saja-saja nak tulis sebab tak ada point. Apa yang saya cuba sampaikan adalah mengenai Ujian dari Allah dan bagaimana kita menghadapinya. Dalam kes ini, walaupun Allah turunkan satu ujian untuk melihat bagaimana hambaNya menghadapi ujian tersebut, dalam masa yang sama Dia turut mempermudahkan segala urusan.


Sebenarnya, nikmat yang Allah berikan kepada kita lebih banyak jika nak dibandingkan dengan ujian yang pernah kita terima. Takkanlah baru diuji sikit, kita dah nak mengeluh. Takkanlah Allah baru nak uji sikit, kita tak boleh nak sabar. Takkan sikit pun kita tak boleh nak sabar

Nabi pun diuji. Kita, apatah lagi. Dalam surah Al-Ankabut ayat 2, Allah S.W.T. telah berfirman,

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja dengan mengatakan : 'Kami telah beriman.' Sedangkan mereka tidak diuji?"

Memang lumrah hidup di dunia bahawa manusia akan diuji. Dengan adanya ujian daripada Ilahi, kita akan lebih matang dalam menjalani hidup ini. Setiap perkara yang terjadi itu ada sebabnya. Apa-apapun, saya nak mengingatkan diri saya dan juga kepada para pembaca;

  • Yakinlah bahawa ujian itu merupakan eksperi cinta dari Allah kepada hambaNya.
  • Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik.
  • Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. 
  • Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
  • Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan
  • Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya
  • Menghadapi ujian dengan sabar, usaha dan doa. 

Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.

Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.


Wallahu ‘Alam. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bersyukur, bukannya kufur.


No comments:

Post a Comment